Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengalah-

Puisi
 

Sayang ke darat menahan pukat,
     Sayang ke padang ke Sungai Merah;
Seperti kertas dengan dakwat,
     Sama menghancur sama mengalah.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Kalau tidak ada senapang,
     baik berjalan lapang.

Bermaksud :

Jika tiada bersenjata atau bertenaga baiklah mengalah.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

PantunSumberTema
Pandai mengalah meniti batang, Raja Panji turun berkuda; Demi jauh tuan datang, Menuntut janji dari semula.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tabiat Melayu suka mengalah, Supaya hidup tidak bergaduh; Sepakat Melayu membawa berakah, Selama hidup nampak senonoh.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Zaman ini banyak berubah, Betina banyak mencari jantan; Dengan bini banyak mengalah, Supaya lemak nasi dimakan.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Basah kuyup orang di sawah, Sedari pagi hujan berderai; Sudah cukup abang mengalah, Habis kasih badan bercerai.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bukan mudah orang berhelat, Mahu bersusah tahan merugi; Bukan mudah memegang adat, Mahu mengalah tahan dikeji.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Yang berkayuh dahulu sampai, Yang bergalah tiba kemudian; Orang bergaduh perlu dilerai, Orang mengalah kite muliakan.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Ayam berlaga melawan itik, Sama kalah dan sama menang; Dalam berduka kawan mengusik, Bawa mengalah supaya tenang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Orang memukat pagi dan petang, Mahu berbasah tahan berkering; Orang beradat berhati lapang, Mahu mengalah dalam berunding.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Baik urat elok batangnya, Elok batang selalu berbuah; Baik adat elok orangnya, Elok orang mahu mengalah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Ada untungnya membeli suluh, Dapat menjadi penyuluh rumah; Ada untungnya berlaki lumpuh, Diumpat bini selalu mengalah.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
12

Kembali ke atas