Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.nyam] | مڠاڽم

Definisi : 1. menjalin silang-menyilang (utk membuat tikar, bakul, dll): ~ bakul; ~ ketupat; ~ tikar; 2. menjalin atau memintal (rambut), mendandan: ~ rambut; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.nyam] | مڠاڽم

Definisi : mengatur atau menyusun sesuatu (spt daun mengkuang yg telah dijangka) bersilang-silang; menjalin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menganyam

Puisi
 

Jangan suka menganyam nyiru,
     Nyiru dibawa dari Buncit;
Jangan suka menanggung rindu,
     Rindu bawa jadi penyakit.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Bungkuk (bongkok) 'duk (=dek) menganyam,
     silap (= sesat) mengelarai.

Bermaksud :

Sekalipun demikian sungguhnya membuat sesuatu pekerjaan namun salah dan silap itu tak dapat dielakkan. mengelarai = menganyam.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

PantunSumberTema
Menganyam pandan si dara jelita, Memakai baju kain sutera; Tidak kita menanggung derita, Kerana hidup aman sejahtera.Pantun Melayu SarawakNasihat
Anak Cina menganyam tikar, Bawa mari ke pasar lama; Kalau tuan ajaknya tukar, Mintalah doa selama-lama.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Jangan suka menganyam nyiru, Nyiru dibawa dari Buncit; Jangan suka menanggung rindu, Rindu bawa jadi penyakit.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Orang darat menganyam kelasah, Buat kelarai bunga cempaka; Makan tak kenyang mandi tak basah, Sudahlah adat orang bercinta.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Jangan suka menganyam nyiru, Nyiru dianyam di tepi tasik; Jangan suka menanggung rindu, Rindu datang bawa penyakit.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Apa buat menganyam nyiru, Lintang akan sambil diangkat; Apa boleh menahan rindu, Dilimpang akan ditidur angkat.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bidadari dari hutan, Singgah menganyam di dalam kota; Tepuk dada kenangkan tuan, Jatuh berlinang air mata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ada rasa berisi pandan, Hendak menganyam tikar sembahyang; Tujuh syurga di dalam badan, Di situlah tempat berkasih sayang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Asap api jauh ke darat, Tempat orang menganyam kulit; Hina besi kerana karat, Hina dagang tidak berduit.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Cempaka putih cempaka biru, Buat sunting bunga delima; Masa ayah menganyam nyiru, Angkit dengan tindih lima.Kurik Kundi Merah SagaAdat
12

Kembali ke atas