Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.wan] | مڠاون

Definisi : melakukan perhubungan jenis (bkn haiwan), bersetubuh (bkn haiwan): katak biasanya kembali ke air utk ~ dan bertelur; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.wan] | مڠاون

Definisi : 1. menjadi atau tampak spt awan, menyerupai awan: burung bangau yg ter­bang itu putih ~ di udara; 2. meninggi, mem­bumbung tinggi (spt menuju ke awan): kemun­cak gunung itu tinggi ~; 3. terlalu tinggi (bkn hasrat, cita-cita, dsb): apa yg aku kehen­daki itu jauh ~, tak mudah tercapai; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.wan] | مڠاون

Definisi : melakukan hubungan jenis (bkn binatang). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[me.nga.wan] | مڠاون

Definisi : 1 menjadi awan; menyerupai awan. 2 naik ke awan; tinggi sampai ke awan; tinggi sekali: Puncak Gunung Kinabalu itu tinggi ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengawan

Puisi
 

Lagi tinggi lagi mengawan,
     Dapat sikit batu lebah;
Abang pergi hati merawan,
     Hendak tinggal bukannya mudah.


Lihat selanjutnya...(3)

Pantun

PantunSumberTema
Kinabalu gunung mengawan, Makin direnung makin terharu; Kalau rindu pandangkan bulan, Pesan kirim di angin lalu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Lagi tinggi lagi mengawan, Dapat sikit batu lebah; Abang pergi hati merawan, Hendak tinggal bukannya mudah.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Gunung Banang tinggi mengawan, Nampak dari Pulau Sialu; Sudah lama hati tertawan, Hendak berkata terasa malu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Burung terbang kerana sayapnya, Kuat sayap terbang mengawan; Terkurung orang kerana cakapnya, Jahat cakap terbuang kawan.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat

Kembali ke atas