Bukan saya mengejar kolek, Saya mengejar papan tunda; Bukan saya mengharap molek, Saya mengharap budi bahasa. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Biarlah orang menebar pukat, Kita menebar jala sepukal; Biarlah orang mengejar pangkat, Kita mengejar kerja nan halal. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Bila berburu mengejar rusa, Pakai senjata ataupun jerat; Bila berguru besar kepala, Sampai tua takkan mendapat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Berburu tidak mengejar pun tidak, Hendak masuk ke dalam hutan; Berguru tidak belajar pun tidak, Sesat tak tahu cara Islam. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Jatuh bangkit orang berburu, Mengejar kijang ke sana sini; Tubuhku sakit tulang pun ngilu, Mendengar abang sudah berbini. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Kuda kami dari Membakut, Hendak mengejar Kinabatangan; Kalau cik adik berterus takut, Kita bertukar di tapak tangan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Untuk apa pergi berburu, Supaya dapat mengejar rusa; Untuk apa berbini baru, Supaya dapat bertukar rasa. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Biarlah orang membakar rusa, Rusa itu banyak tanduknya; Biarlah orang mengejar kuasa, Kuasa itu banyak buruknya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Janganlah suka belayar senja, Senja hari banyak jembalang; Jangan cuba mengejar hamba, Hamba dah jadi milik orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Sejak datuk menampar kuda, Ternak yang lain menjadi kacau; Sejak datuk mengejar janda, Banyaklah datin membeli pisau | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |