Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nge.la/] | مڠيلق

Definisi : Kl mengejar, memburu, meng­hambat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.la/] | مڠيلق

Definisi : 1. menjauhkan diri drpd kena pukulan (tikaman dll), menghindar, menyisi: setelah puas ia ~, tibalah gilirannya pula utk menyerang lawannya; 2. menjauhkan atau membebaskan diri drpd melakukan (atau terpaksa melakukan) sesuatu (tanggungjawab dll): ia pura-p (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.la/] | مڠيلق

Definisi : 1 bergerak ke sisi dsb supaya tidak terkena pukulan dll; menghindar: Kalau tidak lekas-lekas ~, tentu saya mati ditikamnya. 2 mencari jalan supaya lepas drpd tuduhan (tanggungjawab dll): Betapa pun sukarnya kerja itu, aku tidak akan ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengelak


Pantun

PantunSumberTema
Sampan kolek mahu bertolak, Bila bertolak orang pun sepi; Janganlah adik mahu mengelak, Bila mengelak abang kan mati.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Sifat jantan gagah berani, Terhadap musuh pantang mengelak; Adat berjalan bertuah negeri, Hidup senonoh terbilang akhlak.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Sifat perahu menentang badai, Ditimpa badai pantang mengelak; Adat Melayu pantang bertikai, Bila bertikai datanglah balak.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Pasang menyenyak air pun dalam, Sampai pagi barulah umpas; Orang mengelak hatiku geram, Sampai mati takkan kulepas.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Pandai benar tuan merokok, Lepas sebatang sebatang lagi; Pandai benar abang mengelak, Lepas seorang seorang lagi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bagaimana kaki takkan bengkak, Terantuk kayu di tengah ladang; Bagaimana kami takkan mengelak, Baru bertemu sudah temberang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Tengah hari sampan bertolak, Membawa peti berisi bawang; Hamba ke mari tuan mengelak, Ke mana lagi kasih menumpang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Buah durian berduri-duri, Bila masak tentulah gugur; Sudah berbulan kunanti-nanti, Adik mengelak hatiku hancur.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bakul tampah berisi sekam, Sudah diayak tinggallah beras; Kupikul kasih hatiku karam, Hendak mengelak hatiku belas.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Mulia suku adatnya kukuh, Kukuh tidak berganjak lagi; Bila bersatu umat kan teguh, Musuh mengelak bala pun pergi.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
12

Kembali ke atas