Apabila lutut sudah goyah. Tegak mengerang duduk mengeluh; Apabila mulut suka memfitnah. Banyaklah orang menjadi musuh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Anak kancil tegak menengkar, Kena sepak lari mengerang; Sejak kecil banyak belajar, Supaya kelak menjadi orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Ayam bagung kokok berdencang, Disambar helang patahlah kepak; Dalam bingung duduk mengerang, Disabarkan orang usah menolak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Kalau terkait tali arang, Rentangkan tali lebar-lebar; Kalau sakit jangan mengerang, Tenangkan hati banyak sabar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Sampan kolek kemudi songsang, Begitu belayar kemudiannya dulu; Badan tergolek hati mengerang, Pilu mendengar nyanyi si bisu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Ketok-ketok harimau garang, Keling pandai cakap Jawa; Harimau batuk buaya mengerang, Kucing di rumah sakit kepala. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Sayang pinggan dipakai malam, Bila pagi dicuci orang; Sayang tuan bermisai tajam, Bila beristeri bini mengerang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Bukit Gebuk Gunung Cik Jenal, Nampak dari Pulau Nerang; Adik duduk abang tak kenal, Sikap pulih ayam mengerang. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |