Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.ga.nas] | مڠݢانس

Definisi : 1. berlaku ganas (menyerang, mengamuk, dll): samseng-samseng makin ~ di bandar-bandar ini; 2. menjadi semakin hebat, menjadi-jadi: wabak taun ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.ga.nas] | مڠݢانس

Definisi : 1 menjadi ganas; berlaku ganas: Kumpulan-kumpulan samseng semakin ~ di daerah itu. 2 menjadi semakin hebat; menjadi-jadi: Air bah ~ dan telah menenggelami hampir seluruh bandar Temerloh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengganas


Pantun

PantunSumberTema
Laut mengganas diterjang ribut, Banyak pencalang menjadi karam; Mulut terlepas pantang dicabut, Banyaklah orang mati bertikam.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Orang berdedai menjala hiu, Ikan mengganas sepanjang tahun; Abang bagaikan kelana lalu, Siang berpanas malam berembun.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Senyap sunyi binatang rimba, Bila melihat badak mengganas; Sebab hati bercabang dua, Bila surat tidak berbalas.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bagaimana sampan takkan ditambat, Bila di laut ombak mengganas; Bagaimana badan takkan melarat, Bila hidupnya banyak bermalas.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Mengapa banyak orang ke teluk, Kerana di sana todak mengganas; Mengapa banyak orang yang mabuk, Kerana cintanya tidak berbalas.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas