Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.go.da] | مڠݢودا

Definisi : 1. mengajak (meminta, menyuruh) supaya berbuat sesuatu (kejahatan dll): hendak digodanya gadis itu dgn apa jalan sekalipun; 2. mengganggu, mengacau, mengharu: bermacam-macam fikiran siasah telah timbul utk ~ ketenteraman masyarakat dunia; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.go.da] | مڠݢودا

Definisi : 1 mengajak (memujuk) atau menghasut supaya berbuat jahat: Syaitan ~ manusia. 2 menjadikan tidak aman atau tidak tenteram; mengacau; mengganggu: Peristiwa yg ngeri itu selalu ~ fikirannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menggoda


Pantun

PantunSumberTema
Selama merpati menggoda lalat, Banyaklah ulat memberi petuah; Selama menteri gilakan pangkat Banyaklah umat mati terlapah.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Sejak perahu mudik ke hulu, Tiada lagi orang menjala; Sejak kutahu adik cemburu, Tiada lagi abang menggoda.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Kalau kutahu selasih dulang, Tentu tak perlu mencari-cari; Kalau kutahu kekasih orang, Tentu tak mahu menggoda lagi.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Tajam senjata musuh pun undur, Mengertak masuk seperti kuda; Pejamkan mata tak mahu tidur, Rupanya tuan datang menggoda.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas