Kalau tuan menggulai belut, Menggulai mari dengan pengatan; Kalau hati sudah susut, Tanah di Benut kutinggalkan. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Kalau bertanak jangan menggulai, Kalau menggulai mentah asyiknya; Kalau gelap nak jangan menggilai, Kalau menggilai susah jadinya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Menggulai tauhu dengan jerami, Sambal lada di lesung batu; Tuan tak tahu hati kami, Macam kaca terhempas ke batu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Malam ini menggulai kangkung, Malam esok menggulai serai; Malam ini kita berkampung, Malam esok kita bercerai. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Walaupun menggulai tidak bisa, Memasak pindang tentulah jadi; Walaupun bercerai talak tiga, Banyaklah kenangan dibawa mati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Walaupun menggulai tidak bisa, Dapat bertanak sudah bersyukur; Walaupun bercerai talak tiga, Mengingat anak tetap bertegur. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Api arang untuk menggulai, Sudah masak makan bersama; Hati orang elok perangai, Di mana tegak akan ternama. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Kalaulah tekun menjaring udang, Dapat menggulai pagi dan petang; Kalaulah tekun membanting tulang, Niat kan sampai hati pun tenang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Cendana sarang tempurung, Encik Tambun menggulai siput; Nyawa merat seperti burung, Laksana embun di hujung rumput. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Apa guna sayur betik, Kalau tidak menggulai keladi; Apa guna berbini cantik, Kalau hidup tidak berbudi. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |