Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.ha.dap] | مڠهادڤ

Definisi : 1. (bahagian muka atau depan­nya) menghala ke: orang Islam sembahyang ~ kiblat; rumah peranginan itu ~ ke laut; ~ surut melihat ke belakang; 2. datang menemui (raja atau orang besar-besar), menjelang, ada atau sedang berhadapan dgn raja (orang besar-besar): ~ ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong; pd ketika itu baginda sedang di­hadap orang banyak; 3. datang ke (mah­kamah, pejabat, dll): ia diperintahkan ~ ke mahkamah utk memberi keterangan; 4. ditujukan kpd (perbahasan dlm surat kiriman drpd yg muda terhadap yg tua), dialamatkan kpd: ~ ke hadapan ayahanda; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.ha.dap] | مڠهادڤ

Definisi : 1 menghala; me­ngarah: Rumah peranginan itu ~ ke laut. 2 datang menemui atau mengunjungi raja, orang-orang besar dll: Dgn panduan anak Syed Abu, rombongan Abdullah pergi ~ Raja Kampung Laut. 3 ditujukan; dialamatkan (dlm surat kiriman): ~ ke hadapan ayahanda yg dikasihi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hadap (kata nama)
1. Bersinonim dengan hala: arah, haluan, tuju, tala, tepas, paran,

2. Bersinonim dengan muka: depan, hadapan, haluan,
Berantonim dengan belakang

Kata Terbitan : berhadapan, berhadap-hadapan, menghadap, menghadapi, menghadapkan, terhadap, penghadapan, hadapan,

Puisi
 

Raja di Jawa raja sakti,
     Menghadap sultan berganti-ganti;
Doa saja umur tak mati,
     Dukun dan bidan ada menanti.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Tingkalak menghadap mudik,
     lukah menghadap hilir.

Bermaksud :

Memang sudah begitu adatnya sejak dulu. tingkalak = bubu.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Pantun

PantunSumberTema
Menghadap raja di Acheh, Lipat kajang suntingkan kain; Beradab berkata kasih, Tolak belakang mencari lain.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Senyap sunyi orang menghadap, Datuk lubalang segan mengamuk; Setiap hari abang mengharap, Untuk meminang adik yang montok.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Raja di Jawa raja sakti, Menghadap sultan berganti-ganti; Doa saja umur tak mati, Dukun dan bidan ada menanti.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Raja semayam di dalam kota, Banyak menghadap segala menteri; Pada saya hendak berkira, Abang baik pergi sendiri.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Budak-budak menampung amin, Anak murid menghadap guru; Harimau jangan main, Belum kena belum tahu.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Cik Genap memakan lada, Lada ada di kebun orang; Menghadap panau di dada, Panau di pipi naga berjuang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kacip baling ke bulan, Bintang tidak meninggi hari; Saya ke mari menghadap tuan, Tuan nak tolak ke mana lagi.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Malam ini malam Jumaat, Malam esok malam Sabtu; Hendak jumpa Nabi Muhammad, Hendak menghadap Tuhan yang satu.Kurik Kundi Merah SagaAgama

Kembali ke atas