Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngi.ngat] | مڠيڠت

Definisi : 1. ingat (akan): dia cuba ~ kembali perkara-perkara yg telah dipercakapkan; 2. peduli (akan), mengenang: beliau meminta supaya tiap-tiap anggota polis itu sentiasa ~ tugas mereka; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngi.ngat] | مڠيڠت

Definisi : mengadakan dlm fikiran; membuat jadi ingat: Dia mencuba ~ segala pesan ibunya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengingat


Pantun

PantunSumberTema
Orang beradat mengingat hutang, Sehabis daya ia lunaskan; Membuang adat laknat dan datang, Terkikis nama binasa badan.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Adat berkerabat ingat-mengingat, Adat berkeluarga jaga-menjaga; Adat mengingat jangan mengumpat, Adat menjaga jangan melaga.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Taat laki sayang ke bini, Setiap saat ingat mengingat; Adat berdiri tenang negeri, Hidup selamat dunia akhirat.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Dapat kolek pergi berkayuh, Air pasang berhenti dulu; Mengingat adiklah pergi jauh, Matilah abang menanggung rindu.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Untuk apa mengikat timba, Kalau tempayan sudah berisi; Untuk apa mengingat hamba, Kalau tuan sudah berisi.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Kalau tidak mendapat upah, Manakan orang mahu berbeban; Kalau tidak mengingat sumpah, Manakan abang mahu bertahan.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Kalau tidak mendapat api, Manakan tuan boleh membakar; Kalau tidak mengingat janji, Manakan tahan hamba bersabar.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Kalau tidak melihat pasang, Manakan tahu air melimpah; Kalau tidak mengingat abang, Manakan daku jadi gelisah.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Emas suasa dibuat gelang, Penghias diri turun-temurun; Cemas hamba mengingat abang, Janji sehari menjadi setahun.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Yang ada sudah dihimbau, Niat berdoa menolak bala; Orang duda suka mengingat, Teringat janda ditalak tiga.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
123

Kembali ke atas