Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngi.si] | مڠيسي

Definisi : menjadikan (sesuatu spt beg, botol, dll) berisi, memasukkan sesuatu supaya berisi, memuatkan atau mengambil tempat (ruang dsb) di sesuatu supaya berisi: ~ botol dgn air; buku-buku utk ~ perpustakaan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngi.si] | مڠيسي

Definisi : memberi berisi; membuat sesuatu supaya berisi: ~ guni dgn beras. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
isi (kata nama)
1. Bersinonim dengan kandungan: muatan, kargo,

2. Bersinonim dengan inti sari: inti pati, pati, sari,

3. Bersinonim dengan daging

Kata Terbitan : seisi, berisi, mengisi, mengisikan,

Puisi
 

Ambil karung mengisi ruas,
     Pengikatnya pula tali guni;
Adik turut hamba tak puas,
     Cuma abang tak insafkan diri.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Mengisi perian bobos.

Bermaksud :

Melakukan pekerjaan yang tidak mendatangkan hasil. (Peribahasa lain yang sama makna: Mengisi gantang pesuk). bobos = berlubang besar.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

PantunSumberTema
Isi mengisi dalam celepa, Hendak berisi haruman padi; Kalau sekali tidak mengapa, Jangan sahaja mendua kali.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ambil karung mengisi ruas, Pengikatnya pula tali guni; Adik turut hamba tak puas, Cuma abang tak insafkan diri.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Labuan jambatan batu, Tempat mengisi tudung pelikat; Dari tuan dulu satu, Nyawa di badan disimpan lipat.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Emak! Emak! Anyam raga, Nak mengisi si raga inai; Emak! Emak! Hantar ke paya, Saya nak tengok janda menuai.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Cepu-cepu karang Cina, Risik mengisi kain; Cepu-cepu adik nak tanya, Betul ke tidak nak cari lain?Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Emak! Emak! Anyam ke raga, Nak mengisi telur merbah; Emak! Emak! Hantar ke paya, Saya nak tengok janda mengubah.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Rumah kecil tiang seribu, Rumah besar mengisi padi; Sedang kecil menurut ibu, Sudah besar menurut laki.Kurik Kundi Merah SagaAdat

Kembali ke atas