Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngu.bat] | مڠوبت

Definisi : 1. memberi (mem-bubuh dsb) ubat supaya sembuh, menyembuh-kan dgn ubat: penyakit batuk kering ini sangat susah hendak ~nya; kalau doktor tidak dapat ~mu, apa lagi saya; ~ orang sakit; 2. menghibur, menyenangkan: cuma ini yg akan ~ hatiku apabila maut menjemput; 3. membetul-kan, memperbaik: kepincangan dlm masyarakat yg perlu diubati; bagi menghadapi dan ~ keadaan itu, Allah telah menetapkan hukuman ke atas penjenayah; 4. memulihkan: utk ~ keraguanku; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
ubat (kata nama)
Kata Terbitan : berubat, mengubat, mengubati, terubat, ubatan, pengubatan, pengubat,

Puisi
 

Duduk di dapur membakar inggu,
     Hendak mengubat sawan budak;
Sawah berlumpur lagi kutunggu,
     Inikan pula padi dah masak.


Lihat selanjutnya...(19)

Pantun

PantunSumberTema
Orang Daik bergelar tabib, Mengubat jari terkena parang; Baik-baik menyerahkan nasib, Janganlah jadi hamba orang.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Duduk di dapur membakar inggu, Hendak mengubat sawan budak; Sawah berlumpur lagi kutunggu, Inikan pula padi dah masak.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Duduk bersimbang di waktu petang, Makan sirih mengubat gigi; Sungguh anggerik indah dipandang, Ada seri tidak mewangi.Pantun Melayu SarawakKasih
Kalau abang pandai merebat, Tolong rebat pokok keranji; Kalaulah abang pandai mengubat, Tolonglah cari ubat tak mati.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Tak susah kalau merebat, Kirilah kanan pasang berlapik; Taklah susah kita mengubat, Ubatlah ada di tanganlah adik.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kalau tuan pandai menyurat, Suratkan di kertas biru; Kalau tuan pandai mengubat, Ubatkan saya hati yang rindu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kalau tuan pandai menyurat, Cuba surat kertas biru; Kalau tuan pandai mengubat, Cuba ubat hati yang rindu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kalau tuan pandai menyurat, Mari menyurat kertas biru; Kalau tuan pandai mengubat, Mari ubat hatiku rindu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kalau tuan pandai menyurat, Suratkan saya kertas biru; Kalau tuan pandai mengubat, Ubatkan saya penyakit rindu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kalau abang pandai menyurat, Suratkan saya kertas biru; Kalau abang pandai mengubat, Ubatkan saya hati yang rindu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas