Tumbuh lalang menjadi semak, Semak menyemak di bantal orang; Sungguh malang bini memepak Anaknya besar menjadi seteru. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Pucuk kemiri dimakan ulat, Daun yang segar jadi berlubang; Buruk negeri lupakan adat, Dusun yang besar menjadi lengang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Besar kayu kerana uratnya, Urat menghunjam menjadi pasak; Besar Melayu kerana adatnya, Adat resamnya membaiki akhlak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Elok lilin menjadi kandil, Kandil besar membawa terang; Elok pemimpin terpuji adil, Adil dan benar adat dipegang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Bakul pembenih orang berladang, Walaupun kecil besar ertinya; Kupikul kasih menjadi hutang, Haram tak ada terima kasihnya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Besar gelanggang tempat menyabung, Tanam buluh menjadi rebung; Kalaulah sudah suka menolong, Tentu orang semua terkampung. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Patuh Melayu mengikut firman, Firman Allah Yang Maha Besar; Senonoh laku berpatut iman, Iman dan takwa menjadi pagar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |