Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.jauh] | منجاءوه

Definisi : (semakin) menjadi jauh, menghindar (agar jauh); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.jauh] | منجاءوه

Definisi : semakin jauh; menjadi jauh; menghindar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menjauh


Pantun

PantunSumberTema
Kalau kumbang terbang menjauh, Tentulah bunga mudah berkembang; Kalau abang memang bersungguh, Janganlah lengah datang meminang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Apabila helang terbang tinggi, Banyaklah ayam Iari menjauh; Apabila orang garang berkelahi, Siang dan malam dicari musuh.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Angin puyuh puting beliung, Lautan luas dilanda taufan; Ingin menjauh hatiku bingung, Badan lemas lupalah makan.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Baik sungguh mandi berenang, Dapat membasuh daki di badan; Adik menjauh hatiku bimbang, Rasakan lumpuh kaki berjalan.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Putih pauh baru kan besar, Entahkan bila berbunga lagi; Adik menjauh hati berdebar, Entahkan bila bersama lagi.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Limau purut batang berduri, Mari dilurut hujung tambak; Kalau tuan menjauh diri, Biar saya mati berombak.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bila bulan bercahaya penuh, Nampak bintang menjadi pudar; Apabila tuan sudah menjauh, Tegakku bimbang hati pun hambar.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Zaman kini berubah jauh, Jantan betina sama serupa; Idaman hati sudah menjauh, Badan merana sukma hampa.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Sejak kolek sudah berlabuh, Sepilah orang pergi belayar; Sejak adik pergi menjauh, Matilah abang menunggu khabar.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Dari hulu orang berkayuh, Berjaja itik beribu kati; Dari dahulu abang menjauh, Di manakan adik mahu menanti.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
123

Kembali ke atas