Menjerat kerbau jalang, Jerat ditahan sembilan mata; Sedang jinak ditatang abang, Tidak boleh ditangkap saja. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Orang menjerat di puncak ladang, Mendaki menurun penatlah tubuh; Abang ibarat burung yang terbang, Mencari pohon tempat berteduh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Orang menjerat ke hulu Johor, Mencari rusa berserta kijang; Abang ibarat perahu bocor, Siapa pula yang mahu menumpang. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau hendak menjerat rusa, Siapkan tali disimpul erat; Kalau hendak berbuat jasa, Tetapkan hati betulkan niat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Banyaklah orang menjerat rusa, Rusa bermain ditugal padi; Banyaklah orang berbuat jasa, Jasa pemimpin kekal abadi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Walaupun orang menjerat babi, Janganlah pula dicerca-cerca; Walaupun orang mendapat rezeki, Janganlah kita meminta-minta. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Niat hati menjerat kijang, Kijang sudah mati terbunuh; Hajat hati memikat abang, Abang sudah pergi menjauh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Putus tali menjerat tanjung, Tanjung dijerat buah pala; Niat hati menatang ajong, Ajong berisi intan kumala. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bagaimana kita hendak menjerat, Orang berburu pagi dan petang; Bagaimana hamba hendak diikat, Abang tak mahu berterus terang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Anak beruk duduk menjerat, Kepala tunduk mengintai cicak; Awak gemuk masuk ke helat, Di mana duduk lantai berderak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |