Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.jual] | منجوال

Definisi : menukar barang dgn wang (memberi barang utk mendapat wang): seorang pegawai Inggeris pernah melihat buku itu dan di­mintanya aku ~ buku tersebut kepadanya; ~ akad menjual dgn perjanjian; ~ aksi Id = ~ lagak (tampang) terlalu berlagak mem­peragakan diri; ~ bangsa mengkhianati bangsa dan negara sendiri; ~ bicara = ~ omong Id pandai bercakap sahaja tetapi tidak berbuat apa-apa; ~ diri bp melacur; ~ kepala a) mem­buat sesuatu hanya utk faedah orang lain; b) menjadi askar sewaan; ~ lepas = ~ mutlak men­jual tanpa sesuatu perjanjian (tidak boleh ditebus lagi); ~ muka = ~ rupa mencari nafkah dgn menunjukkan rupa kpd orang ramai; ~ nama menggunakan nama orang utk ke­pentingan sendiri dll; ~ rugi menjual barang dgn menanggung rugi; ~ petai hampa = ~ tangkai cangkul sekah = ~ tangkai pangkur dedap prb percakapan yg tidak ada kebenarannya, omong kosong; dijual dahulu maka dibeli = telah dijual, maka dibeli prb difikirkan dahulu masak-masak, barulah dikerjakan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.jual] | منجوال

Definisi : memberikan barang dgn mengambil wang: Pekedai itu ~ barang-barangnya dgn harga yg berpatutan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menjual

Puisi
 

Menjual lidi ke Batu Bara,
     Menjual lokan ke Batu Pahat;
Kerana dengki punya angkara,
     Orang baik disangka jahat.


Lihat selanjutnya...(20)
Peribahasa

Menjual petai hampa.

Bermaksud :

Membual; omong kosong.

 

Lihat selanjutnya...(5)

286

Kill two birds with one stone

Mencapai dua maksud sekali gus dengan melakukan satu kerja atau tindakan.

Berkayuh sambil ke hilir

We are really kill two birds with one stone at the stadium. We were not only able to watch our favourite game but also earning some profit by selling souvenirs there.

Kami betul-betul berkayuh sambil ke hilir di stadium itu. Kami bukan sahaja menonton sukan kegemaran kami tetapi juga meraih untung dengan menjual cenderamata di sana.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(14)

Pantun

PantunSumberTema
Menjual serbat sampai ke kota, Sehari-hari pergi dan datang; Tidak terubat hati nan luka, Terkenang sahabat jauh di seberang.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Jika sudah menjual mengkuang, Jangan diminum air segelas; Jika lidah tidak bertulang, Jangan diharap kasih berbalas.Pantun Melayu SarawakKasih
Tempat orang menjual keledek, Buah salak daun pandan; Perempuan pula berambut pendek, Salah pandang macam pondan.Pantun Melayu SarawakBerkait
Sudahlah letih menjual padi, Jangan pula dikata-kata; Sudahlah sedih ditinggal pergi, Jangan pula hamba dinista.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Cik Siti menjual nangka, Dibubuh mari di dalam raga; Haram sekali tak kusangka, Ular lidi membunuh naga.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Encik Andak menjual kain, Kain sutera dari seberang; Walaupun banyak sahabat yang lain, Manakan sama tuan seorang.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Anak Cina menjual madat, Dari pasar terus ke Bali; Hidup di dunia biar beradat, Kasih tidak dijual beli.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Nenek Lowek menjual sirih, Sirih dijual Jambatan Panjang; Cantik molek kami tak pilih, Asallah jangan mata keranjang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Budak-budak menjual pulut, Pulut dijual di pagi hari; Kasih adinda hanya di mulut, Kasih tak sampai ke dalam hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak Cina menjual kesuma, Mari dijual di Pekan Rabu; Makan tak lalu tidur tak lena, Teringat tuan saban waktu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
123

Kembali ke atas