Pagi petang menjunjung cerek, Hendak diminum airnya pahit; Gigi panjang hidungnya pesek, Hendak mencium dikira menggigit. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Adat Melayu menjunjung maruah, lkhlas hati tahukan diri; Kuat Melayu mengandung sumpah, Membalas budi hinggalah mati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Si berahi menjunjung talam, Direncong berlipat-lipat; Mati berahi anak Adam, Kena doa pandang makrifat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kalau terbang burung kuaran, Gantunglah jala berlapis rapat; Kalau orang menjunjung al-Quran, Junjunglah pula hadis Muhammad. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Dari jauh gunung menali, Sudah dekat bukit bertambah; Dari jauh menjunjung duli, Sudah dekat mengangkat sumpah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Burung tuli mandi berhujan, Bolehlah mandi sekali lagi; Orang tua menjunjung uban, Boleh masuk ke medan lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Apa tanda perahu tersakat, Dikayuh didayung tiada beranjak; Apa tanda Melayu beradat, Teguh menjunjung sunah dan syarak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Petang-petang duduk melengung, Sarang penyengat dalam padi; Adinda duduk di pucuk payung, Kanda di bawah menjunjung duli. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |