| Yang diperah kelapa, Yang sedap tengguli; Yang marah mentua, Yang mengidap bini. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Lama duduk tentulah lapar, Hendak makan nasi tak masak; Mentua beruk menantu ular, Anak dimakan bini digasak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Kerana kera hendak menikah, Banyak lembu merebus daging; Kerana mentua tamak serakah, Banyak menantu kurus kering. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Elok hari bawa berburu, Dengan berburu banyaklah daging; Eloklah hati mentua bisu, Dengan menantu tidak menengking. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Elok mengutip buah cempedak, Baunya wangi rasanya segar; Eloklah nasib mentua pekak, Menantu mengeji ia tak sedar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Waktu menteri berdagang kacip, Para pembesar berjaja pinang; Pilulah hati mengenang nasib, Mentua kasar lakinya garang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Wangi sekali minyak nilam, Gunanya untuk bahan ramuan; Laki bini hendak bertikam, Mentua sibuk mencarikan kapan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Mati semut mati terhimpit, Ditimpa batang pecahlah perut; Laki kedekut bininya pelit, Mentua datang muka berkerut. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Bagaimana kucing tidak meragai, Kera melapah babi menyerang; Bagaimana kencing tidak terburai, Mentua pemarah bini pemberang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Bagaimana jala tidakkan koyak, Jala direntang kaki terpuruk; Bagaimana kepala tidakkan botak, Mentua garang bini perajuk. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |