| Sakit sungguh menugal benih, Hati panas ditahan juga; Sakit sungguh ditinggal kasih, Hati panas badan celaka. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Pulau Rupat tempat menugal, Tanah ladang padinya subur; Risaulah umat melihat bilal, Sesudah bang dia pun tidur. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Tumbuh lalang binasa padi, Lelah menugal tiada faedah; Sungguh malang tua keladi, Kerana gatal kepala pecah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Apabila ladang tidak dibakar, Manakan dapat menugal padi; Apabila hutang tidak dibayar, Nama cacat terjuallah diri. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Mengapa ladang tidak ditengok, Kerana tak sudi menugal malam; Mengapa orang banyak kemaruk, Kerana tak peduli halal haram. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Api siapa di pondok itu, Apinya janda tengah menugal; Laki siapa yang bongkok itu, Sudah tua gila menggatal. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |