Tanda muda tekun belajar, Menuntut ilmu sampai ke lahad; Tanda manusia santun dan benar, Berpatut Iaku memakai adat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Sifat muda suka berjalan, Berjalan jauh menuntut ilmu; Adat dijaga sempurna iman, Iman kukuh patut ditiru. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Bagaimana ungka tidakkan sedih, Kijang dan kambing menuntut balas; Bagaimana muka tidakkan putih, Sedang bersanding kentut terlepas. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Mencabut tebu tidaklah mudah, Banyak sekali duri lalangnya; Menuntut ilmu tidaklah mudah, Banyak sekali jadi penghalangnya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Bukan mudah memarut sagu, Sebelum diparut batang dibelah; Bukan mudah menuntut ilmu, Sebelum dapat pantang menyerah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Anak kancil memungut jambu, Sudah kenyang lari ke hutan; Sejak kecil menuntut ilmu, Supaya senang hari kemudian. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Kalau dikau pergi meramu, Carilah kayu nan lurus-lurus; Kalau dikau menuntut ilmu, Carilah ilmu yang halus-halus. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kalau tak dapat rumput dihela, Eloklah pandan menjadi bengkuang; Kalau tak dapat menuntut bela, Eloklah badan mati terbuang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Pandai mengalah meniti batang, Raja Panji turun berkuda; Demi jauh tuan datang, Menuntut janji dari semula. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Buah salak di dalam piring, Buah kedondong atas jendela; Kalau jalak lawan biring, Nanti tedung menuntut bela. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |