[me.nyam.pai.kan] | مڽمڤايکن
Definisi : menyampirkan, menyidaikan: empat puluh cindai kara, semuanya disampai-kan kpd galah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[me.nyam.pai.kan] | مڽمڤايکن
Definisi : 1. membawa dan menyerah-kan, mengirimkan (surat, khabar, dll), mem-berikan kpd, mengunjukkan kpd: ia datang ~ pesan orang itu; isteri Menteri Besar telah ~ hadiah tersebut kpd pemenang; 2. mem-beritahukan, melaporkan: mereka juga wajib ~ kemusykilan rakyat kpd kerajaan; 3. melanjutkan (berita, ajaran, dll), memanjangkan (kpd umum): orang Arablah yg telah menjadi alat ~ fikiran-fikiran Aristotle kpd orang di Eropah; 4. memenuhi (permintaan, kewajiban, niat, dll), memperkenankan, mengabulkan: jikalau patik mati pun, apalah boleh buat sebab ~ kehendak tuan patik; 5. mencukupkan, menjadikan cukup; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[me.nyam.pai.kan] | مڽمڤايکن
Definisi : 1 membawa dan menyerahkan apa-apa yg dikirim; menghantar: Saya telah ~ surat itu kpd ayah saudaranya. 2 meluluskan apa-apa yg dipinta dll; memperkenankan; mengabulkan: Moga-moga Allah akan ~ cita-citamu itu. 3 mengunjukkan sesuatu; memberikan: Isteri Pegawai Daerah telah ~ hadiah kpd para pemenang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)