Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nya.pu] | مڽاڤو

Definisi : memukuli dgn rotan (sbg hukuman). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nya.pu] | مڽاڤو

Definisi : 1. membersihkan lantai dgn sapu: ~ lantai; 2. mengesat, menghapuskan, mengusap: sambil mengesat ia ~ air mata-nya; 3. = menyapu-nyapu mengesat-ngesat, menggosok-gosok, mengusap-usap: dilucut-kan kaca matanya, disapu kedua-dua belah matanya; 4. mencecah ke (kerana terlalu tinggi), sampai ke: di dlm gelubur, gemal-gemal padi tersusun hingga ~ alang pondok; 5. melumas (dgn cat, kapur, dll): rumah pengantin itu sedang dibaiki dan disapu cat; 6. melumur (bedak ke muka dll); 7. bp melenyapkan sama sekali (wang dll), me-ngambil habis, membinasakan sama sekali: wangnya habis disapu oleh Cik Rafeah; ~ bersih (licin) mengambil (memperoleh, me-menangi, dsb) kesemuanya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nya.pu] | مڽاڤو

Definisi : 1 membersihkan sesuatu dgn menggunakan sapu: ~ lantai. 2 mengesat atau mengelap dgn sapu: Dia ~ matanya dgn tuala kecil. 3 melumas sesuatu (dgn): Dia ~ dinding biliknya dgn cat biru. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menyapu

Puisi
 

Sapu tangan penyapu tangan,
     Menyapu tangan anak Raja Cina;
Lah malang tangan celaka tangan,
     Di dalam tangan diambil orang pula.


Lihat selanjutnya...(9)

Pantun

PantunSumberTema
Baik-baik menyapu halaman, Jangan tersapu jambangan bunga; Baik-baik lepas di tangan, Lepas dari tangan orang nan punya.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Ambil lidi menyapu halaman, Burung tekukur memakan padi; Berjanji mati di tapak tangan, Hendak berkubur di hujung jari.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sapu tangan penyapu tangan, Menyapu tangan anak Raja Cina; Lah malang tangan celaka tangan, Di dalam tangan diambil orang pula.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Panjang pandak si pucuk limau, Panjang menyapu awan muda; Budak kecil di ambang panau, Tidak disangka membuat gila.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Sapu bukan sebarang sapu, Sapu dapat menyapu rumah; Mahu bukan sebarang mahu, Mahu bertaubat mengaku salah.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Bulan Safar bulan sebelas, Cahayanya cerah menyapu awan; Bukan mengata bukan membalas, Saya serah melukut secawan.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Layang-layang terbang melayang, Tingginya sampai menyapu awan; Siapa bilang abang tak sayang, Hati rindu bercampur rawan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sapu tangan penyapu tangan, Jatuh di tangan menyapu bunga; Lepas tangan dikata jangan, Lepas di tangan orang yang punya.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ikan keli mati di laut, Banyak lemak berlinang-linang; Tangan kiri menyapu habuk, Tangan kanan mengunjuk pinang.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Buah berangan dimasak kari, Mari masak bersama lada; Sapu tangan campak ke mari, Untuk menyapu air mata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas