Baik sungguh mandi berenang, Senang menyelam mencuci badan; Adik jauh di negeri seberang, Siang malam abang mimpikan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Mana tuan tidak ke laut, Tuan menyelam batang tenggelam; Mana tuan tidak merungut, Tuan menghibur hati yang dendam. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Anak ulat mati dipukul, Anak tapah selam -menyelam; Yang benar akan timbul, Yang salah akan tenggelam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Anak kucing melompat-lompat, Anak itik selam-menyelam; Yang meruncing nan memepat, Yang menakik dan mengetam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Anak buaya berkaki pendek, Bila berenang suka menyelam; Awaklah tua berbini cantik, Disapa orang muka pun masam. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Rendah geroda menggaris awan, Turun ke laut menyelam diri; Seksa sangat hajat tuan, Macam kudaki gunung yang tinggi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Itik angsa turun ke kali, Berenang-renang sambil menyelam; Adik sepantun bunga sekaki, Kutimang-timang siang dan malam. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Sejak meranting tangkai mempelam, Banyaklah rotan tumbuh di padang; Sejak kucing pandai menyelam, Banyaklah ikan menempah pedang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |