Orang ceti menyembah berhala, Di dalam kuil tiada yang lain; Kutu mati di atas kepala, Tuma mati di tepi kain. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Masuk menyembah jari bersusun, Raja di baruh baru menyembah; Kalau tak manis buah di dusun, Tidak kumahu makan buah. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Laksamana Bentan datang menyembah, Merendah diri walaupun gagah; Raja adil raja disembah, Raja zalim raja disanggah. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Orang berarak di pintu kota, Hendak menyembah Raja Melaka; Adik bercinta abang bercinta, Sampai ke manakah cinta kita? | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Adat berumah ada berpintu, Bila tidak tak dapat naik; Adat menyembah ada bertentu, Bila tidak dekatlah syirik. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Rampak-rampak merambah dahan, Kerana kita hendak mengail; Banyak-banyak menyembah Tuhan, Kerana kita hamba yang jahil. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Bangun pagi pergi ke ladang, Menuai padi tengah berbuah; Kususun jari menyembah abang, Sampai mati kasih tak sudah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Hiruk-pikuk orang berbantah, Berebut badik sambil bertengkar; Terbongkok-bongkok abang menyembah, Patutkah adik bermain kasar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Ular pucuk jatuh ke lembah, Ular lidi jatuh berdebab; Surat sepucuk datang menyembah, Kalau sudi segelah jawab. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Adat berjanji berpantang mungkir, Adat bersumpah pantang berhelah; Adat memuji pantang menyindir, Adat menyembah pantang melapah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |