Kata tua kata bersindir, Menyindir orang tidak beradat; Hina bangsa kerana pandir, Orang pandir tidak bermartabat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Bunga baju disangka tali, Malam tadi menyindir puan; Madu disangka manis sekali, Kalaulah manis terlajakmu tuan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sisiknya berlendir-lendir, Renang berenang tiada henti; Pantun kami sindir-menyindir, Kan bersenang-senang hati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Baju Melayu berbelah leher, Teluk belanga disebut orang; Baru bertemu sudah menyindir, Eloklah hamba balik belakang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Apa guna sisir-menyisir, Bila rambut tiada panjang; Apa guna sindir-menyindir, Bila takut berterus terang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Adat berjanji berpantang mungkir, Adat bersumpah pantang berhelah; Adat memuji pantang menyindir, Adat menyembah pantang melapah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Setambun anak-beranak, Sisiknya berlendir-lendir; Minta ampun banyak-banyak, Pantun kami sindir-menyindir. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Tidak tahan sakit kaki, Kena duri dalam petak; Tidak tahan sakit hati, Orang menyindir dalam gelak. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Ada malangnya turun ke bukit, Datang haus tidak berair; Ada malangnya berperut buncit,, Orang kurus banyak menyindir. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |