Dayang Juita berjalan kaki, Rumah buruk tangga sembilan; Menyuruh gila apakan jadi, Seperti pungguk rindukan bulan. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Tetak buluh panjang sepuluh, Nak menjolok sarang tempua; Janganlah adik suruh-menyuruh, Biarlah pandai kita berdua. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Jika mudik tidak berkayuh, Manakan orang tiba di hulu; Jika adik tidak menyuruh, Manakan abang mahu bertemu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Tetak buluh panjang sepuluh, Buah pala di pintu kota; Apa guna suruh-menyuruh, Tipu daya kita berdua. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Adat bergurau pantang meracau, Adat berseloroh pantang mengaduh; Adat menghimbau pantang melangkau, Adat menyuruh pantang memelupuh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Kalau tidak teras bintang, Suluh menyuluh luar perahu; Kalau hendak sendiri datang, Suruh menyuruh kita tak tahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Ayam todak sendiri batang, Sorok menyorok depan perahu; Abang hendak sendiri datang, Suruh-menyuruh saya tak mahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Membeli tali di pasar Senyawan, Dayang Juita berjalan kaki; Merosak hati menggugur iman, Menyuruh gila apakan jadi? | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Buah macang tergolek-golek, Golek mari atas peti; Sekejap datang sekejap balik, Macam menyuruh anak bini. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Ikan todak tenggiri batang, Suluh menyuluh di dalam perahu; Tuan hendak sendiri datang, Suruh menyuruh saya tak mahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |