Bukan padi sebarang padi, Padi ditabur menjadi lalang; Buah hati sekeping hati, Hati rindu denganmu abang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Hati-hati pinang muda, Pinang muda makan pipit; Sampai hati meninggal saudara, Tidak mengenang barang sedikit. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Kucing kurus meniup api, Api tidak mahu menyala; Badan kurus menahan hati, Hati tidak mendengar kata. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Anak Keling meniup api, Api tidak mahu menyala; Kurus kering menahan hati, Hati bukan mendengar kata. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Padi pulut padi Melaka, Belum direndang bertih dahulu; Hati perut hati celaka, Belum dipandang dah kasih dulu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau tuan berjalan kaki, Jika penat naik kereta; Jangan sekali menurutkan hati, Seumur hati duduk bercinta. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Jangan dilurut padi muda, Padi muda dibawa ke barat; Jangan diturut hati muda, Hati muda membawa larat. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Kalau tuan pergi ke Melaka, Hendak membeli sehelai kain; Kepada abang hati cinta, Hati tiada pada yang lain. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Daun palas makan di api, Asap sampai ke Seberang Raja; Rawan belas di dalam hati, Di hati kami haram tak lupa. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Pucuk turi berdahan merah, Tempat rama-rama duduk bergantung; Buah hati janganlah marah, Risaunya hati tidak tertanggung. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |