Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata merah manggis

Puisi
 

Buah manggis pokoknya rendang,
     Panjat mari pakai tangga;
Mulut manis hati bimbang,
     Takut tak sampai bagai diduga.


Lihat selanjutnya...(17)

Pantun

PantunSumberTema
Petang-petang menjolok manggis, Manggis jatuh pecah empat; Petang-petang tunduk menangis, Macam burung mencari tempat.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Buah manggis pokoknya rendang, Panjat mari pakai tangga; Mulut manis hati bimbang, Takut tak sampai bagai diduga.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buah manggis dimakan budak, Sayang mempelam buah di hulu; Jumpa manis makan tak jelak, Jumpa yang masam terasa ngilu.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Musim durian rambutan masak, Manggis saja membawa diri; Cincin berlian permata rosak, Dipakai anak Raja Baiduri.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Berapa tinggi Bukit Semambu? Buah manggis bertimang dua; Kami bertiga umpama tebu, Habis manis hampas dibuang.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Sungguh hitam si putik manggis, Sirih kuning dalam tepak; Sungguh hitam dipandang manis, Putih kuning pengubat edah.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Jadikan dengan air manggis, Buah delima di dalam puan; Mintalah nisan di jari manis, Mintalah mati bersama tuan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Hitam-hitam si tampuk manggis, Bunga kemuning gugur bunganya; Hitam-hitam kupandang manis, Putih kuning tiada gunanya.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Hitam-hitam si tampuk manggis, Bunga kemuning luruh di hulu; Hitam-hitam kupandang manis, Putih kuning tinggal dahulu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tanam limau di tanah liat, Buah manggis dalam perahu; Belang harimau kalau dilihat, Kena badi saya tak tahu.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
12

Kembali ke atas