Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.rin.du.kan] | مريندوکن

Definisi : 1. membangkitkan rasa rindu, mendatangkan rindu, menjadikan rindu: nya­nyi­­an yg merawankan dan ~ hati; 2. me­naruh rindu akan: spt pungguk ~ bulan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.rin.du.kan] | مريندوکن

Definisi : membangkitkan atau menimbulkan rasa rindu: Nyanyian yg merawankan dan ~ hati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata merindukan

Peribahasa

Bulan mengambang dikandung awan.

Bermaksud :

Lelaki yang merindukan seorang perempuan, dan perempuan itu telah diambil oleh orang lain.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

PantunSumberTema
Biji nangka jangan ditelan, Bila ditelan tentu tercekik; Hatiku duka putus harapan, Kerana lama merindukan adik.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Orang memukat mendayung biduk, Lautan dalam bukan buatan; Abang ibarat si burung pungguk, Siang malam merindukan puan.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bunga keduduk bunga kenanga, Berbau harum sampai ke jalan; Hamba duduk sambil bertanya, Ibarat pungguk merindukan bulan.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa

Kembali ke atas