Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[min.ta.min.ta] | مينتا٢

Definisi : 1. = berminta-minta, me-minta-minta minta sedekah, mengemis; orang ~ pengemis; 2. bp mudah-mudahan, moga-moga: ~ luluslah aku dlm peperiksaan tahun ini; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
minta
Kata Terbitan : meminta, minta-minta, meminta-minta, permintaan, peminta,

Puisi
 

Rumput tinggi tepi hutan,
     Bintang timur tinggi melambung;
Minta rezeki besar lautan,
     Minta umur tinggi gunung.


Lihat selanjutnya...(85)
Peribahasa

Minta pucuk pada alu.

Bermaksud :

Ingin kepada barang yang tak mungkin diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menghendakkan cirit harimau tergantung di ekornya, b. Menghendaki pucuk alu, c. Menghendaki urat lesung).

 

Lihat selanjutnya...(24)


Pantun

PantunSumberTema
Burung belatuk jambul merah, Sepakat dengan rajawali; Minta ampun kepada Allah, Minta syafaat kepada nabi.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Retak karat kepada baja, Retak galah terbelah dua; Minta daulat kepada raja, Minta petua kepada nan tua.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Retak urat ada bercanggah, Retak bara ada tengarang; Minta kuat kepada gajah, Minta suara kepada enggang.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Rumput tinggi tepi hutan, Bintang timur tinggi melambung; Minta rezeki besar lautan, Minta umur tinggi gunung.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Anak ayam turun tujuh, Satu mati tinggal enam; Minta jauh neraka tujuh, Minta doa tetapkan iman.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Anak ayam turun tiga, Satu mati tinggal dua; Minta masuk dalam syurga, Minta habis segala dosa.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Anak ayam turun enam, Satu mati tinggal lima; Minta doa tetapkan iman, Minta mati dalam agama.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Anak ayam turun empat, Satu mati tinggal tiga; Minta tulis dalam makrifat, Minta masuk dalam syurga.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Cik Mahat tukang rumah, Cik Ali tukang tingkap; Minta maaf seisi rumah, Minta izin saya cakap.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Anak tambi mengetam papan, Papan diketam berlaga-laga; Minta mati dalam pangkuan, Minta disiram si air mata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12345678910...

Kembali ke atas