| Apa benda bunyi terdesar, Anak monyet berkejar-kejar; Bukankah kucing guru yang besar, Harimau di hutan semua diajar? | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
| Jika hujan berderai-derai, Turun monyet naik lembiding; Tiga hari lama bercerai, Sobok-sobokkan sebelah dinding. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Limau lelang tengah sempadan, Petik orang bawa ke hulu; Rimau menderam tengah hutan, Monyet siamang gemangkan bulu. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |