Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mua.tan] | مواتن

Definisi : barang-barang yg dibawa (oleh lori dll), isi (kapal dll): sampai dekat kuala maka dipunggahlah segala ~ perahu itu; ~ haba (Kim) kuantiti haba yg diperlukan utk meningkatkan suhu sesuatu bahan se­banyak satu kelvin, lazimnya pd tekanan dan isi padu yg sama; ~ haba tentu (Kim) muatan haba per unit jisim, atau kuantiti haba yg diperlukan utk meningkatkan suhu satu kg bahan sebanyak satu kelvin; orang ~ orang yg menumpang (naik) kapal dll; resit ~ = surat ~ Id surat keterangan bkn barang-barang yg dikirim dgn kapal dll; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mua.tan] | مواتن

Definisi : barang-barang yg dibawa (oleh lori dll); isi kapal dll: Apabila sampai di Pelabuhan Kelang, segala ~ kapal itu diturunkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
muat (adjektif)
Bersinonim dengan ada ruang, dapat diisi, tidak sempit, tidak ketat, tidak sendat;,
Kata Terbitan : memuatkan, termuat, muatan,

Puisi
 

Perahu sekuci muatan sarat,
     Tenggelam duduk di muka kuala;
Cuba sedikit terasa kelat,
     Racun diminum hilang dahaga.


Lihat selanjutnya...(23)

Pantun

PantunSumberTema
Muatan sarat beribu bungkal, Hendak berniaga negeri besar; Sayap kukerat taji kutinggal, Kiri kanan habis kucakar.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
Sudah penuh muatan kandang, Induk ayam banyak menetas; Sudah berpuluh surat melayang, Sepucuk haram tidak berbalas.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Sarat sekali muatan sampan, Kerana ombak tentulah karam; Ibarat mentari dengan bulan, Cahayanya nampak siang malam.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Perahu sekuci muatan sarat, Tenggelam duduk di muka kuala; Cuba sedikit terasa kelat, Racun diminum hilang dahaga.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Perahu sarat muatan daun, Sarat berisi dengan lokan; Kalau hidup sepuluh tahun, Sepanjang hayat aku nantikan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kapal belayar sarat muatan, Nelayan di laut sedang memukat; Biar jauh seberang lautan, Kerana budi terasa dekat.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Haluan sarat banyak muatan, Nampak cahaya batu karang; Tuan ibarat permata intan, Di mana tercampak di situ terang.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Besar perahu orang Tambelan, Muatan sarat tiada golek; Biarpun malu abang tahankan, Asalkan dapat bersama adik.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Dari pulau orang belayar, Muatan sarat berisi beras; Hati risau hilanglah sabar, Teringat surat tiada dibalas.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Kalau tuan bawa perahu, Muatan isi buah berangan; Hendak berbudi biar selalu, Supaya boleh buat kenangan.Kurik Kundi Merah SagaBudi
123

Kembali ke atas