| Bukan kuda sebarang kuda, Kuda sudah biasa bermain; Bukan muda sebarang muda, Muda sudah biasa bermain. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Kelapa muda muda juga, Kelapa tua dibuat inti; Suka suka juga, Sembahyang kita jangan dihenti. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
| Jangan dilurut padi muda, Padi muda dibawa ke barat; Jangan diturut hati muda, Hati muda membawa larat. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
| Hati-hati pinang muda, Pinang muda makan pipit; Sampai hati meninggal saudara, Tidak mengenang barang sedikit. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
| Sifat muda suka berjalan, Berjalan dekat mahupun jauh; Adat dijaga sempurna iman, Badan selamat hidup senonoh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Sifat muda suka berjalan, Salah langkah membawa sesat; Adat dijaga sempurna iman, Akhlak terpuji beban pun lepas. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Sifat muda suka berjalan, Salah peduli hujan dan panas; Adat dijaga sempurna iman, Terasa salah segera bertaubat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Sifat muda suka berjalan, Hilir mudik mencari rezeki; Adat dijaga sempurna iman, Fikiran baik diri terpuji. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Sifat muda suka berjalan, Berjalan jauh menuntut ilmu; Adat dijaga sempurna iman, Iman kukuh patut ditiru. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Tanda muda tekun belajar, Menuntut ilmu sampai ke lahad; Tanda manusia santun dan benar, Berpatut Iaku memakai adat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |