Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. dgn harapan supaya (terhindar drpd kemalangan dll), di­harapkan supaya, moga-moga: ~ Tuhan akan memberkati hidup engkau; 2. (biasanya pd akhir ayat dll) demikianlah hendaknya: Tuhan akan memberi perlindungan kpd kita, ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; bukan ~ bukan perkara (hal dll) yg mudah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 diharapkan supaya; moga-moga: Belajarlah bersungguh-sungguh, ~ berjaya nanti. 2 demikianlah hendaknya (selalunya pd akhir ayat): Pd bulan hadapan akan tercapailah cita-cita kita, ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mudah2
Kata Terbitan : mudah-mudahan,

Puisi
 

Hari ini hari Ahad,
     Besok hari Isnin;
Mudah-mudahan nabi mengaku umat,
     Barulah masuk kaum muslimin.


Lihat selanjutnya...(13)

Pantun

PantunSumberTema
Naik bukit pergi Asahan, Bayar niat mudah-mudahan; Sungguhpun songket kain pilihan, Tapi tak boleh buat basahan.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Hari ini hari Ahad, Besok hari Isnin; Mudah-mudahan nabi mengaku umat, Barulah masuk kaum muslimin.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Hari ini hari Selasa, Hari besok hari Arbaª; Mudah-mudahan terlepas seksa, Segeralah membayar segala qadaª.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Si Jambat menikam gamat, Bunga melur kembang melati; Mudah-mudahan hidup selamat, Di dalam telur boleh dinanti.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Gamat-gamat menikam gamat, Hendak menuju ke Singapura; Mudah-mudahan hidup selamat, Syukurlah sampai mati berdua.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Lang inang padi Daik, Padi sawah mahu guna; Kalau mudah-mudahan baik, Esok boleh buat berguna.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Pergi berjalan jambatan panjang, Buat ketupat dimakan Mak Usu; Mudah-mudahan umur panjang, Ada hayat kita bertemu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Hari ini hari Isnin, Besok hari Selasa; Jika masuk kaum muslimin, Mudah-mudahan terlepas seksa.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Cari galah kayu di hutan, Singgah menetak cendana gaharu; Minta doa mudah-mudahan, Boleh rezeki datang selalu.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Orang Brunei pergi nelayan, Memancing ikan di tengah laut; Kita berdoa mudah-mudahan, Sampai kita dapat berpaut.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas