Yang tinggi mula-mula nampak, Yang rendah nampak kemudian; Orang memuji berjagalah awak, Orang merendah ajak berkawan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Darilah batang mulai bunga, Dari bunga mula daun; Dari datang mula kerana, Rindu berkurung seribu tahun. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Dari mula Melayu tak jaga, Pasal belajar ilmu meniaga; Kalau tahu rugi laba, Berat ringan kita boleh jangka. | Kurik Kundi Merah Saga | Perniagaan |
Awal mula dikarang, Pantun Melayu anak Semarang; Jika tidak belacu jarang, Sumpit gandum dipakai orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Bismilah mula dikarang, Syairlah pantun sajanya kurang; Laksana kainlah jarang, Tidak boleh dibagi orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Anak kijang mula berdiri, Jatuh terlentang disengat lebah; Awak pincang bawa berlari, Bumi terbentang senget sebelah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Dari mana mula dikejar, Rusa lari tepi perigi; Guru mana tuan belajar, Cuba hadap sekali lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Hujan panas berderai-derai, Derai mula dari hulu; Di sini kita bercerai, Di akhirat kita bertemu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Dari mana datangnya putih, Dari ABC mula belajar; Bagaimana kalau berkasih, Cincin di jari sama bertukar. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bermain-main berjalan-jalan, Naik basikal berkawan-kawan; Mula berdagang kecil-kecilan, Menempah nama jadi jutawan. | Pantun Melayu Sarawak | Berniaga |