Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mu.la.i] | مولاءي

Definisi : 1. mula-mula melakukan sesuatu: pd malam Jumaat ~lah ia datang mengintai di situ; pd hari itu juga aku ~ pula mengajar Tuan Thomson; 2. sejak (semenjak), dari: larangan itu berlaku ~ hari Khamis ini; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mu.la.i] | مولاءي

Definisi : bermula dr: ~ sekarang, kamu tidak boleh bermain di situ lagi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mulai

Puisi
 

Tahu sudah titian licin,
     Adik jua jalan dahulu;
Tahu sudah kita miskin,
     Gilanya adinda mulai dahulu.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Sudah tercium baunya.

Bermaksud :

Rahsia atau kejahatannya sudah mulai diketahui.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pantun

PantunSumberTema
Walaupun gulai mulai resan, Kerana lapar dimakan juga; Walaupun perangai bagaikan setan, Kerana pembesar didiamkan saja.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Walaupun hujan mulai gerimis, Kerana tersesat melangkah juga; Walaupun perangai bagaikan iblis, Kerana berpangkat dibela jua. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Walaupun perahu mulai lapuk, Kerana berguna dijaga orang; Walaupun menantu bagaikan beruk, Kerana kaya mentuanya sayang.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Sejak betik mulai masak, Banyak siamang mahu mendekat; Sejak adik memakai celak, Banyaklah orang mahu memikat.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Sejak betik mulai layu, Diganti orang dengan petola; Sejak adik memakai gincu, Hati abang kian menggila.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Darilah batang mulai bunga, Dari bunga mula daun; Dari datang mula kerana, Rindu berkurung seribu tahun.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Jikalau hari mulai panas, Cepat-cepat mengembang payung; Jikalau hati mulai cemas, Cepat-cepat abang berkunjung.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Jikalau hari mulai gelap, Cepat-cepat pasang pelita; Jikalau hati mulai tak sedap, Cepat-cepat meminang hamba.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Jikalau hari mulai petang, Cepat-cepat pulang ke rumah; Jikalau hati mulai bimbang, Cepat-cepat kita menikah.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bila bintang nampak bertabur, Tanda awan mulai menipis; Apabila abang hendak mundur, Tanda pertemuan kitakan habis.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas