Pipit murai terbang bertiga, Samudera luas tidak terkira; Cicit moyang tetap berbangga, Negara kita aman sejahtera. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Anak murai di atas nangka, Mati dipalu orang seberang; Jatuh berderai air mata, Melihat abang berjalan seorang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Telur murai di atas geta, Benang kerak disimpul pulih; Orang duduk bertindih riba, Jangan diharap katakan boleh. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Jak jeti murai batu, Kereta ekor potong kepala; Kalau kudapat kemudi itu, Kutabur urai tujuh kuala. | Kurik Kundi Merah Saga | Perniagaan |
Musang jebat menyusur akar, Murai berkirai bulu dadanya; Hujan ribut padang terbakar, Embun setitik padam baranya. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Padi dijemur merata-rata, Pipit murai terbang bertiga; Jika makmur Negara kita, Cicit moyang tetap berbangga. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Sejak sirih dicabut beruang, Gemparlah murai mau meradang; Sejak kekasih rebut orang, Seluar terburai baju bersebang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Serai serumpun tengah halaman, Tempatlah murai berulang mandi; Tinggal kampung tinggal laman, Tinggal laman tempatnya mandi. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Empat belas tali kecapi, Telur murai di atas lutut; Rasa belas dalam hati, Rambut mengurai atas lutut. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Serai serumpun di tengah laman, Tempat murai berjejak kaki; Tinggal kampung tinggal laman, Tinggal surau tempat mengaji. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |