Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bd marah, meradang: maka sultan pun terlalu ~ akan Hang Tuah, disuruh bunuh pd Seri Nara Diraja; memurkai marah kpd (akan), memarahi: jangan tuanku segan ~ anakanda; memurkakanmenyebabkan jadi marah, memarahkan: ~ raja; termurkai sl dimurkai (dimarahi): Laksa-mana pd ketika itu ~, tiada bekerja lagi; kemurkaan perihal murka, kemarahan: dia ialah sahabat yg pemurah dan sangat takut akan ~ Allah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
murka
Rujuk :marah


Pantun

PantunSumberTema
Kata tua kata peneduh, Peneduh nafsu angkara murka; Hina bangsa gila bergaduh, Gaduh itu pangkal celaka.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Supaya tangan tidak terluka, Jangan dipegang hulunya kapak; Supaya Tuhan tidak murka, Jangan disakiti ibu dan bapak.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Jangan suka mengasah parang, Tangan luka darah tergenang; Jangan suka menyusahkan orang, Tuhan murka orang tak senang.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Bila meniup bara api, Kurang teliti kenalah muka; Bila hidup tiada berbudi, Orang benci Allah pun murka.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Jangan suka meratah kerang, Kerang dipanci menelan cika; Jangan suka memfitnah orang, Orang benci Tuhan pun murka.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kalau bercendawan labu dimasak, Jeranglah poci tuangkan cuka; Kalau melawan ibu dan bapak, Orang membenci Tuhan pun murka.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan

Kembali ke atas