Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mu.si.bah] | مصيبة

Definisi : Ar 1. bencana, celaka, malapetaka: janganlah kamu mencari ~ dan bahaya bagi dirimu sendiri; 2. bk kata makian, celaka, sial: ah, ~ betul mereka itu (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
musibah
Bahasa Asal :Arab
Rujuk :malapetaka

Peribahasa

97

Every cloud has a silver lining

Di sebalik malang yang menimpa, tentu ada kebaikan atau rahmatnya.

Dalam musibah ada rahmat

She was deeply depressed when her megastar fiancé dumped her. She had known him long before he became famous. But every cloud has a silver lining. Her broken relationship has been trust into the limelight and opened doors to many lucarative offers from big companies. Now, she’’s crying all the way to the bank!

Dia dirundung kesedihan apabila tunangnya yang merupakan artis ternama telah meninggalkannya. Dia mengenali lama sebelum tunangnya itu menjadi terkenal. Tetapi dalam musibah ada rahmat. Kisah putus tunangnya itu menjadi perhatian ramai dan mengundang banyak tawaran lumayan daripada syarikat yang besar. Kini, rintihannya itu mengaut rezeki!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(12)

Pantun

PantunSumberTema
Zaman kini banyak musibah, Kerana orang suka berseteru; Puan berjanji hendak menikah, Hamba datang mengapa malu.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Adapun niat yang diniatkan, Musibah jangan menjadi balak; Adapun adat yang diadatkan, Dirubah jangan menyalahi syarak.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Sifat perahu pantang tersakat, Bila tersakat datang musibah; Adat Melayu pantang mengumpat, Bila mengumpat malang bertambah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Adapun niat yang diniatkan, Iman dan sabar dalam musibah; Adapun adat yang diadatkan, Zaman beredar boleh dirubah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Andainya hujan lebat mencurah, Eloklah kita membawa payung; Andainya kawan dapat musibah, Eloklah kita segera menolong.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Orang memukat pagi dan petang, Mencari nafkah bersimbah peluh; Orang beradat berhati lapang, Menghadapi musibah tiada mengeluh.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kalau selalu berbaju kutang, Lambat-laun pusat terdedah; Kalau selalu berlaku curang, Lambat-laun mendapat musibah.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat

Kembali ke atas