Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
musim (kata nama)
Bersinonim dengan masa, waktu, tempoh, jangka masa, jangka waktu;,
Kata Terbitan : bermusim,

Puisi
 

Ada seorang nama Cik Daud,
     Tanam bunga di tepi kolam;
Musim ini musim ribut,
     Bolehkah karam di laut dalam?


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Zaman beralih,
     musim bertukar.

Bermaksud :

Segala sesuatu (peraturan, hukum dan sebagainya) hendaklah disesuaikan dengan keadaan zaman.

 

Lihat selanjutnya...(5)

254

Make hay while the sun shines

Ambillah kesempatan sepenuhnya daripada keadaan atau peluang yang ada sebelum ia lenyap.

Menjemur sementara panas

"People are going to tight pants this season, and we should quickly make hay while the sun shines," said the boutique owner, hoping to reap a big profit out of the short-lived favourable situation.

''Musim ini, orang suka pakai seluar ketat, dan kita perlulah segera menjemur sementara panas,'' kata pemilik butik itu yang berharap dapat mengaut keuntungan besar daripada keadaan itu yang datang hanya sekejap.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(7)

Pantun

PantunSumberTema
Rusa ini rusa betina, Kalau mandi berkubang jangan; Musim ini musim tua, Kalau mati berkurang jangan.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Ada seorang nama Cik Daud, Tanam bunga di tepi kolam; Musim ini musim ribut, Bolehkah karam di laut dalam?Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Musim haji orang ke Makkah, Amalam baik sambil bertaubat; Dalam hati abang bersumpah, Menanti adik sampai kiamat.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Musim ribut pergi ke pulau, Terendak Cina jatuh ke ruang; Lagi hidup kita bergurau, Kalau mati tergolek seorang.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Musim durian rambutan masak, Manggis saja membawa diri; Cincin berlian permata rosak, Dipakai anak Raja Baiduri.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Air keruh bertambah keruh, Musim kemarau semakin panjang: Hatiku rusuh bertambah rusuh, Kerana risau menunggu abang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Awan merah tanda kan panas, Musim kemarau mulai datang; Jangan marah duduk berkipas, Hamba bergurau menguji abang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Sumatera berjerbu Jambi berjerebu, Hutan terbakar musim kemarau; Rasa sayu hatiku pilu, Mendengar khabar dari perantau.Pantun Melayu SarawakSerumpun Senada
Bagaimana bunga takkan gugur, Bila dilanda musim kemarau; Bagaimana nama takkan hancur, Bila kerjanya mencari kacau.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Mudik ke hulu menyusur duri, Orang mengetam musim bah; Duduk kita fikirkan diri, Kasih sayang sudah berubah.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
123

Kembali ke atas