Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[na.bi] | نبي

Definisi : Ar 1. orang yg dipilih Allah utk menerima wahyu daripada-Nya utk dirinya sendiri dan tidak diwajibkan menyampaikan wahyu itu kpd orang lain: Muhammad ialah ~ yg ter­akhir; 2. = al-Nabi Nabi Muhammad SAW; kenabian yg berkaitan (berhubungan) dgn nabi: Nabi Muhammad seorang manusia biasa yg diutus oleh Allah sbg pesuruh dgn mukjizat ~nya; sudah pasti tidak ada darjah yg lebih tinggi drpd darjah ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[na.bi] | نبي

Definisi : lelaki pilihan yg menerima syariat secara wahyu drpd Allah utk dirinya sendiri (tidak wajib disebarkan kpd orang lain). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nabi (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan utusan Allah, pesuruh Allah, rasul;,
Kata Terbitan : kenabian,

Puisi
 

Disimpan gula dengan sirih,
     Datang ia dari tanah;
Sudah ada Nabi Idris,
     Ada pula Nabi Noh.


Lihat selanjutnya...(28)

Pantun

PantunSumberTema
Banyaklah ubi perkara ubi, Ubi merambat tepi-tepian; Banyaklah nabi perkara nabi, Nabi Muhammad nabi pilihan.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Banyaklah hari perkara hari, Takkan sama hari Jumaat; Banyaklah nabi perkara nabi, Takkan sama Nabi Muhammad.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Dua puluh lima nabi terbilang, Nabi Muhammad rasul pilihan; Mati dahulu atau kemudian, Itu semua kerja Tuhan.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Hari Jumaat mengali halia, Hari hujan menyuluh ketam; Nabi Muhammad Nabi mulia, Jadi ikutan seluruh alam.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Banyak ubi kita tanami, Ubi merambat dipaluti benta; Banyaklah nabi kita imani, Nabi Muhammad ikutan kita.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Banyaklah padi berdaun sebelah, Padi bertempat di bakul lima; Banyaklah nabi diturunkan Allah, Nabi Muhammad jadi penghulunya.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Banyaklah padi berdaun sebelah, Pada bertempat di bakul lima; Banyaklah nabi diturunkan Allah, Nabi Muhammad rasul utama.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Cacaklah ubi tanda bertani, Ubi dikerat di dalam taman; Banyaklah nabi turun ke bumi, Nabi Muhammad nan akhir zaman.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Disimpan gula dengan sirih, Datang ia dari tanah; Sudah ada Nabi Idris, Ada pula Nabi Noh.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Patah cengal Nabi Daud, Patah mati ditimpa pedang; Kalau tidak angin bertiup, Masakan pokok boleh bergoncang.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
123456

Kembali ke atas