Sesak nafas kerana jerebu, Nafas semput tidak terperi; Hujan kuimpi matahari kurindu, Inginku lihat langit berseri. | Pantun Melayu Sarawak | Umum |
Naik turun rasanya nafas, Letih mendaki anak tangga; Adik sepantun bunga kapas, Putih suci tiada bernoda. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Sampan kotak kemudinya kompot, Layar ditancap laju bertambah; Nafas sesak hati pun hanyut, Mendengar si gagap memberi ceramah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Masak nasi periuk tergantung, Pungut putung dari seberang; Tarik nafas kenangkan untung, Untung tidak seperti orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Cekak manis makanan sotong, Sotong nak mati ditimpa ruang; Tarik nafas tergantung-gantung, Terkenang diri dikeji orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Banyak telur Si Raja Lutung, Dibawa budak dari seberang; Tarik nafas kenangkan untung, Untung tidak seperti orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Bangkit pagi mencari kayu, Untuk pemasak nasi di dapur; Sakitnya hati lama menunggu, Nafas sesak hati pun hancur. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Geruda jatuh terhempas, Jatuh terhempas di Medan Sumatera; Akibat jerebu susah bernafas, Sesak nafas amat sengsara. | Pantun Melayu Sarawak | Umum |
Ada malangnya membeli gula, Gula lekas dikerumuni semut; Ada malangnya berlaki tua, Bekerja keras nafas pun semput. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Anak kancil diluru tupai, Lumpuh kaki jalan merangkak; Awak jahil mengaku lebai, Disuruh mengaji nafas pun sesak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |