Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[naf.kah] | نفقه

Definisi : 1. wang (makanan dll) yg diperlukan utk hidup, sara hidup: siapa yg menanggung ~ anak yatim itu? 2. makanan dll sehari-hari, rezeki; mencari ~ mencari rezeki (bekerja utk mendapatkan rezeki); 3. perbelanjaan dll yg wajib diberikan oleh suami kpd isterinya: suami wajib menanggung ~ isterinya; ~ batin hak bersetubuh isteri; ~ zahir belanja hidup isteri; 4. bp pendapatan, gaji; menafkahi memberi nafkah, menyarai hidup seseorang; menafkahkan mengeluarkan (wang dll) utk makanan sehari-hari, membelanjakan (wang). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[naf.kah] | نفقه

Definisi : 1 wang, makanan dll yg diperlukan utk hidup; sara hidup. 2 perbelanjaan dll yg wajib diberikan oleh suami kpd isterinya. 3 makanan sehari-hari; rezeki: mencari ~ bekerja utk mendapatkan rezeki. menafkahi memberikan nafkah kpd; menyara hidup seseorang: Ayah bekerja keras utk ~ kami sekeluarga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nafkah
Rujuk :rezeki

Puisi
 

Anak dara pergi ke Jeddah,
     Sampai di Jeddah berperi-peri;
Menjual suara bukannya mudah,
     Hendak mencari nafkah sendiri.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Memberakkan periuk nasi sendiri.

Bermaksud :

Mengkhianati tempat mencari nafkah atau tempat menumpang.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Pantun

PantunSumberTema
Banyak sekali orang ke laut, Mencari nafkah anak dan bini; Hendak menanti orang berebut, Hatiku gundah sepanjang hari.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Orang memukat pagi dan petang, Mencari nafkah bersimbah peluh; Orang beradat berhati lapang, Menghadapi musibah tiada mengeluh.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kalau tidak berjalan pagi, Manakan dapat mencari nafkah; Kalau tidak termakan budi, Sudah lama kita bercerai.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Kalau tidak berjalan pagi, Manakan dapat mencari nafkah; Kalau tidak termakan budi, Manakan hamba mahu menikah.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Antara pagi dengan petang, Di sana orang mencari nafkah; Bila kukaji kesalahan abang, Daripada bertunang elok berpisah.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Budak-budak baik mengaji, Dapat mengaji sangat terpuji; Cari nafkah dapat naik haji, Boleh menziarah makam nabi.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Supaya langkah tidak terdedat, Tengoklah dulu jalan di muka; Supaya nafkah tidak tersekat, Elokkan laku dalam bekerja.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Anak dara pergi ke Jeddah, Sampai di Jeddah berperi-peri; Menjual suara bukannya mudah, Hendak mencari nafkah sendiri.Kurik Kundi Merah SagaAdat

Kembali ke atas