Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[na/] | نق

Definisi : kep hendak: apa ~ dimakan semua ada. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[na/] | نق

Definisi : kep anak: ambillah duit ini, ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nak

Puisi
 

Kalau nak hujan hujanlah hari,
     Boleh saya menutup petak;
Kalau nak bujang bujang sekali,
     Boleh saya nak masuk mintak.


Lihat selanjutnya...(384)
Peribahasa

Nak ditelan termengkelan,
     nak diludah tak keluar.

Bermaksud :

Dalam keadaan yang serba salah.

 

Lihat selanjutnya...(15)

389

Mind your own business

Jangan masuk campur atau mengambil tahu halo rang lain.

Gerundang, tinggallah di kubangan

'' Mind your own business. It's private matter that has nothing to do with you,'' said the seller. I have to mind your business. If you fail in this project, I'll have great difficulty getting my money back from you!'' exclaimed the loan shark.

'' Gerundang, tinggallah di kubangan. Ini soal peribadi dan tak ada kena mengena langsung dengan awak,'' kata si penjual. Aku kenalah jaga tepi kain kau. Kalau kau gagal dalam projek ini, susah besarlah aku nak dapat balik duit dari kau!'' jerit si Along.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(13)

Pantun

PantunSumberTema
Berapa dulang nak mandi? Nak cuba bunganya; Berani buat berani mati, Nak cuba hati jantungnya.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Nak luruh rupanya hari, Tidak pernah gelombang tujuh; Inilah tua rupanya kami, Tidak pernah mumbang tumbuh.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Nak ruang tidak teruang, Benang sutera di dalam buluh; Hendak buang tidak terbuang, Sudah mesra di dalam tubuh.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Nak makan tidak berikan, Ikan dulu makan juga; Hendak berkayuh tidak bersampan, Hati rindu ditahan juga.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Nak bah rupanya hari, Anak dara di muka pintu; Sangat berubah rupanya diri, Telah sekala tidak begitu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kalau nak hujan hujanlah hari, Boleh saya menutup petak; Kalau nak bujang bujang sekali, Boleh saya nak masuk mintak.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buah ketapi tindih-menindih, Buah kasinar dalam perahu; Nak berlaki pilih-memilih, Nak anyam bujam pun tak tahu.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Burung merpati terbang dua, Hinggap di pangkin perlahan-lahan; Niat hati nak makan buah, Nak nanti musim bilakah tahan?Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Tanjung Rami banyak rumput, Tiga dengan Teluk Berembang; Berilah tali saya nak turut, Saya nak dengar cakap cik abang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Elok manis padang saujana, Adakah limau saya nak tetak? Ayuh adik abang nak tanya, Adakah mahu abang nak mintak?Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12345678910...

Kembali ke atas