| Konon namanya Negeri Spaoh, Penduduk kampung bijak bestari; Pedagang datang dai jauh, Hendak melabur membuat industri. | Pantun Melayu Sarawak | Berniaga |
| Seri Bayu namanya cerita, Cerita lagenda pari-pari; Seru kepada rakyat jelata, Mesti pintar bijak bestari. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
| Balam merah namanya kayu, Batangnya ada mengandung getah; Di dalam susah hamba menunggu, Abang juga tak mahu singgah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Badak tenuk namanya haiwan, Hidup selalu di dalam rimba; Hendak menjenguk terasa segan, Ke angin lalu ku kirim cinta. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Api-api namanya kayu, Tumbuh rapat di tepi pantai; Hati-hati jika merayu, Salah alamat mati kubantai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Bilang berbilang namanya hari, Boleh dibilang Selasa Jumaat; Gilang gemilang cahaya matahai, Lebih gemilang cahaya Muhammad. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Jalak lenteng namanya nyanyi, Dibawa dengan langgam Melayu; Awaklah bunting tegak menari, Banyaklah bidan duduk termangu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Ulam raja namanya sayur, Rasanya sedap bukan kepalang; Dalam jaga serasa tidur, Kerana mengharap kasihan orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Tasik serai namanya dulu, Kini disebut lubuk pusaka; Adik pandai membujuk rayu, Hatiku hanyut dimabuk cinta. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Daun pandan hijau berseri, Dicampur dengan harum setanggi; Seri Dewi namanya puteri, Tidak lelap sampai ke pagi. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |