Pulau Pandan jauh ke tengah, Nampaklah dari Gunung Seyati; Hancurlah badan dikandung tanah, Tuanlah juak jika di hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Yang disebut baju tersingkap, Baju terbuka nampaklah pusat; Orang tak takut pergi menyelap, Memburu betina sepepak tempat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Anak tikus bermain asap, Mata berkunang perut pun sakit; Awak kurus kain tersingkap, Nampaklah tulang dibalut kulit. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Terang hari disinar fajar, Terang fajar sampai ke senja; Takkan lari gunung dikejar, Hilang kabus nampaklah dia. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Johor Bahru Tanjung Puteri, Angin berhembus di Barat Daya; Jangan dikejar gunung berlari, Hilang kabus nampaklah dia. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Hormat dulu diri sendiri, Itulah tanda orang yang mulia; Jangan dikejar gunung yang berlari, Hilang kabus nampaklah dia. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |