Nanas dijual di pasar niaga, Ramai orang datang membeli; Emas perak perhiasan dunia, Budi bahasa perhiasan diri. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Nanas serumpun tidak berduri, Rasanya manis seperti gula; Panas setahun hujan sehari, Telaga yang kering penuh semula. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Nanas serumpun tidak berduri, Buah manis seperti gula; Panas setahun hujan sehari, Telaga yang kering penuh semula. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Nanas paun tidak berduri, Manisnya mari umpama gula; Panas setahun hujan sehari, Perigi kering dalam semula. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Nanas halwa pisang salai, Hidangan kali pertama dara; Hasrat kecewa cinta terkulai, Ingatan mesra tetap ada. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Umbut nanas sabut kelapa, Seba guna dibuat tali; Sebut nama teringat rupa, Seni Melayu tak dijual beli. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Kusangka nanas dari permatang, Rupanya pandan tiada berduri; Kusangka panas hingga ke petang, Rupanya hujan di tengah hari. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Kusangka nanas atas permatang, Rupanya durian tajam duri; Disangka panas hingga ke petang, Rupanya hujan di tengah hari. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Dipetik nanas dengan pedang, Dimakan orang Kuala Teri; Kusangka panas hingga ke petang, Rupalah hujan di tengah hari. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Buah nanas di dalam ladang, Diladang oleh Cik Siti; Kusangka panas sampai ke petang, Rupanya hujan di tengah hari. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |