Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[nang.ka] | نڠک

Definisi : sj tumbuhan (pokok) yg buahnya berulas-ulas dan boleh dimakan, a) Artocarpus heterophyllus; b) Artocarpus integer; orang makan ~, awak kena getah prb orang lain yg berbuat salah, kita yg mendapat kesu­sahan (menanggung akibatnya); siapa makan ~ maka kena getahnya prb siapa yg berbuat salah dialah yg menanggung hukuman. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[nang.ka] | نڠک

Definisi : ; burung ~ sj burung, burung kepu­dang, Oriolus maculatus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[nang.ka] | نڠک

Definisi : nama sj pokok atau buahnya (buahnya berulas-ulas dan boleh di­ma­kan), Artocarpus heterophyllus (integer). ~ belanda buah nona (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nangka

Puisi
 

Dari cempedak baik nangka,
     Nangka panjang tangkainya;
Dari budak baik orang tua,
     Orang tua panjang akalnya.


Lihat selanjutnya...(40)
Peribahasa

Bagai nangka masak gugur.

Bermaksud :

Jatuhnya orang yang gemuk.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Pantun

PantunSumberTema
Jangan menebang pokok nangka, Nangka tidak berubah lagi; Jangan abang berburuk sangka, Cintaku tidak berbelah bagi.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Dari cempedak baiklah nangka, Nangka juga panjang tangkainya; Dari budak baiklah janda, Janda juga banyak akalnya.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Dari cempedak baik nangka, Nangka panjang tangkainya; Dari budak baik orang tua, Orang tua panjang akalnya.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Banyaklah nangka perkara nangka, Paling buruklah nangka terbelah; Banyak derhaka perkara derhaka, Paling terkutuk menderhaka Allah.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Banyaklah orang menjolok nangka, Kerana nangka banyak buahnya; Banyaklah orang nan masuk neraka, Kerana derhaka pada orang tuanya.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Daripada cempedak baiklah nangka, Kerana nangka si panjang tangkai; Pada budak baiklah janda, Kerana janda si panjang akal.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Kalau nangka tak mahu masak, Cubalah peram sehari dua; Kalau derhaka ke ibu bapak, Neraka jahanam menantikannya.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kalau nangka tak mahu masak, Tanda isinya dimakan ulat; Kalau derhaka ke ibu bapak, Tanda matinya akan dilaknat.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kalau nangka tak mahu masak, Diperam jangan sebelum tua; Kalau derhaka ke ibu bapak, Haramlah badan mencium syurga.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Buah nangka buah bergetah, Tua mudanya dapat digulai; Sudah tua sudah membantah, Rumah tangga bercerai-berai.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
1234567

Kembali ke atas