Banyaklah nangka perkara nangka, Paling buruklah nangka terbelah; Banyak derhaka perkara derhaka, Paling terkutuk menderhaka Allah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Banyaklah orang menjolok nangka, Kerana nangka banyak buahnya; Banyaklah orang nan masuk neraka, Kerana derhaka pada orang tuanya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Daripada cempedak baiklah nangka, Kerana nangka si panjang tangkai; Pada budak baiklah janda, Kerana janda si panjang akal. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Jangan menebang pokok nangka, Nangka tidak berubah lagi; Jangan abang berburuk sangka, Cintaku tidak berbelah bagi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Dari cempedak baiklah nangka, Nangka juga panjang tangkainya; Dari budak baiklah janda, Janda juga banyak akalnya. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Dari cempedak baik nangka, Nangka panjang tangkainya; Dari budak baik orang tua, Orang tua panjang akalnya. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Kalau nangka tak mahu masak, Cubalah peram sehari dua; Kalau derhaka ke ibu bapak, Neraka jahanam menantikannya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Kalau nangka tak mahu masak, Tanda isinya dimakan ulat; Kalau derhaka ke ibu bapak, Tanda matinya akan dilaknat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Kalau nangka tak mahu masak, Diperam jangan sebelum tua; Kalau derhaka ke ibu bapak, Haramlah badan mencium syurga. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Buah nangka buah bergetah, Tua mudanya dapat digulai; Sudah tua sudah membantah, Rumah tangga bercerai-berai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |